Friday, May 29, 2009

Seluruh tubuh akan menggigil...

Hai manusia ingatlah nikmat Allah pada kamu...

Bagaimana menggunakan twitter sebagai langkah promosi untuk laman web anda.



Ini adalah salah satu cara menggukan web2.0 yang dinamakan 'twitter'. Kita boleh menghantar message kepada semua ahli twitter bila kita letak 'text msg' pada 'home'. Twitter juga boleh dihantar melalui hp. Taip pada msg di hp anda dan link ker twitter.com dan text msg anda akan kelihatan sama seperti anda online pada laptop anda. Sekianlah sahaja dari saya, harap ilmu ini dapat memberi menfaat pada bizmen mahupun org perseorangan di luar sana.

Wednesday, May 20, 2009

Alhamdulillah

Segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t.

Serba Sedikit Tentang Sedekah...

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota
manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau
mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang
menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang
ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan
pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau
menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari
sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah !
Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang
sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka
bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."

Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana
kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan
tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada
tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh
berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan
persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "

Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan
syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : "
Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang
haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya
pada yang halal, adalah baginya pahala. " .

(Riwayat Muslim)

Lidah, kenapa dengan lidah??




Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang
membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala,
iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu
yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah
Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya
berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka
atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.
"

(Riwayat Tirmizi)