Wednesday, May 20, 2009

Lidah, kenapa dengan lidah??




Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang
membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala,
iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu
yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah
Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya
berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka
atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.
"

(Riwayat Tirmizi)

No comments:

Post a Comment